Skip to main content

SELAMAT DATANG KE 

MY1 SIGNATURE

CILI GILING

PEDAS SEBENAR, RASA MEMIKAT

Rakan Rasa Setiap Restoran

Cili Giling berkualiti premium untuk dapur profesional yang mahukan rasa konsisten, penyediaan lebih mudah dan bekalan yang stabil.

MY1 Signature Cili Giling dihasilkan khas untuk memenuhi keperluan restoran, kafe, hotel, katering dan perniagaan makanan. Dengan 5 pilihan tahap kepedasan, anda boleh memilih cili giling yang paling sesuai dengan menu dan citarasa pelanggan anda.


 

KENAPA MY1 SIGNATURE CILI GILING?

Rasa Konsisten. Kualiti Terjamin. Dapur Lebih Efisien. Kepuasan Pelanggan Dijaga.


Kami memahami dan percaya bahawa rasa yang konsisten sangat penting dalam perniagaan makanan dan ia bermula daripada pemilihan bahan mentah yang berkualiti.


Sebelum proses pengeluaran, kami membuat pemeriksaan terhadap cili kering yang diterima daripada pembekal. Setiap bekalan dinilai dari segi kualiti dan kesesuaiannya dengan standard yang kami tetapkan.


Jika kualiti cili tidak mencapai standard kami, kami tidak akan menerimanya.


Proses pemilihan yang teliti ini membantu kami memastikan bahan mentah yang digunakan sentiasa berada pada tahap yang sesuai dapat membantu mengekalkan rasa, warna dan kualiti MY1 Signature Cili Giling dari satu batch ke batch seterusnya.


Produk Kami
Jenis - Jenis MY1 Signature Cili Giling

Pelbagai Pilihan, Ikut Cita Rasa AndaSetiap restoran mempunyai resipi dan tahap kepedasan yang berbeza.
Dengan MY1 Signature Cili Giling, anda boleh memilih daripada 5 tahap kepedasan:

MY1 SIGNATURE CILI GILING PEDAS PEKAT


Pedas yang lebih pekat, dengan tekstur cili yang memberikan rasa lebih kuat dalam setiap masakan.

Sesuai untuk restoran dan pengusaha makanan yang mahukan rasa cili yang lebih menyerlah dalam sambal, tumisan, kuah dan pelbagai masakan.


Sesuai untuk:

• Sambal

• Tumisan

• Masakan Berkuah

• Masakan Pedas

MY1 SIGNATURE CILI GILING PEDAS CAIR


Tekstur yang lebih cair untuk memudahkan campuran dan penyediaan dalam pelbagai jenis masakan.

Sesuai untuk dapur yang memerlukan cili giling yang mudah dicampur bersama bahan-bahan lain ketika menyediakan hidangan.


Sesuai untuk:

• Kuah

• Sambal

• Sos 

• Masakan Berkuah

• Tumisan

• Menu Goreng Goreng

MY1 SIGNATURE CILI GILING KURANG PEDAS


Rasa cili yang lebih ringan untuk menu yang memerlukan rasa cili tanpa kepedasan yang terlalu kuat.

Pilihan yang sesuai untuk perniagaan makanan yang mempunyai pelanggan dengan pelbagai tahap toleransi terhadap kepedasan.


Sesuai untuk:

• Masakan Harian

• Sambal

• Kuah

• Sos 

• Tumisan

• Menu Goreng-Goreng

MY1 SIGNATURE CILI GILING SEDERHANA PEDAS


Keseimbangan rasa cili dan kepedasan untuk kegunaan harian.

Pilihan serba guna untuk restoran yang mahukan tahap kepedasan sederhana dan sesuai digunakan dalam pelbagai menu.


Sesuai untuk:

• Sambal

• Kuah

• Kari

• Tumisan

• Masakan Melayu

• Masakan India

• Masakan Cina

MY1 SIGNATURE CILI GILING PEDAS 668


Untuk mereka yang mahukan rasa pedas yang lebih kuat dan lebih menyerlah.

Pilihan bagi restoran dan pengusaha makanan yang ingin memberikan sensasi pedas yang lebih mantap kepada pelanggan.


Sesuai untuk:

• Sambal Pedas

• Menu Pedas

• Masakan Berempah

• Hidangan Istimewa

Dapatkan Sample Percuma Hari Ini!

Nikmati rasa luar biasa dari produk kami dengan sample percuma yang boleh anda cuba sebelum tempahan.

DIMANA MY1 SIGNATURE CILI GILING BOLEH DIGUNA?

MY1 Signature Cili Giling sesuai untuk pelbagai jenis operasi makanan:


MENGAPA RESTORAN PILIH MY1 CILI GILING ?

KUALITI KONSISTEN, RASA TERJAMIN

Kami Tidak Berkompromi Dengan Kualiti


PILIHAN CILI TERBAIK

Kami memilih cili segar berkualiti tinggi dengan gred yang tepat bagi memastikan tahap kepedasan, warna dan aroma yang sempurna.

COA DIPERIKSA SETIAP BATCH

Setiap penghantaran dari pembekal dilengkapi dengan Sijil Analisis (COA). Kami menyemak setiap spesifikasi bagi memastikan kualiti sentiasa menepati piawaian yang ditetapkan. Ia juga memastikan rasa dan kualiti tak berubah.

RASA KONSISTEN

Dengan pemilihan cili dan kawalan kualiti yang ketat, kami memastikan konsistensi rasa dalam setiap batch.

Rasa konsisten. Kualiti terjamin. Restoran lebih efisien.

JIMAT MASA, MUDAHKAN KERJA DAPUR

Sudah Bergaram — Terus Guna

MY1 Signature Cili Giling telah dicampur dengan garam secukup rasa, jadi anda tidak perlu menambah garam lagi ketika menyediakan masakan. 


KURANGKAN KERJA PENYEDIAAN

Tidak perlu lagi melalui proses menyediakan dan mengisar cili dari awal.

LEBIH CEPAT & KONSISTEN

Cili giling sedia digunakan untuk membantu mempercepatkan kerja dapur dan setiap hidangan dapat mengekalkan rasa yang lebih konsisten.

DAPUR LEBIH EFISIEN

Mudah digunakan dan sesuai untuk operasi dapur profesional berskala kecil hingga besar.

DAPATKAN SAMPLE PERCUMA

Cuba Sebelum Membeli, Rasa Perbezaannya!

MAKLUM BALAS PELANGGAN KITA SELEPAS MENCUBA MY1 SIGNATURE CILI GILING

SOALAN LAZIM (FAQ)

MY1 Signature Cili Giling ialah pes cili berkualiti premium yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan dapur profesional seperti restoran, kafe, hotel, katering dan pelbagai operasi makanan.

Kami menyediakan sample Cili Giling percuma untuk pelanggan yang berminat yang membolehkan anda mencuba produk terlebih dahulu untuk melihat kesesuaiannya dengan menu dan operasi dapur anda. Anda boleh menghubungi kami dan memberitahu jenis perniagaan serta keperluan anda. Kami akan hantar sample sesuai untuk anda cuba.

Kami menawarkan 5 Pilihan kepada anda: Cili Giling Pedas Pekat, Cili Giling Pedas Cair, Cili Giling Pedas Sederhana, Cili Giling Kurang Pedas, dan Cili Giling Extreme Pedas. Setiap pilihan mempunyai tahap kepedasan dan kegunaan yang berbeza mengikut keperluan operasi dapur anda.

Ya, Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa produk MY1 Signature Cili Giling yang dihasilkan oleh Syarikat Pengilang Rakan kami telah mendapatkan Sijil HALAL JAKIM MALAYSIA. Sijil HALAL ini adalah penting bagi kami kerana ia memberikan keyakinan kepada pengguna di Malaysia mengenai kesahihan dan kesucian produk yang kami edarkan. Halal Adalah Prinsip Kami. Keyakinan Anda, Keutamaan Kami! MY1 Signature Cili Giling sesuai untuk semua jenis perniagaan makanan.

Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi kami melalui telefon atau email, dan memberikan maklumat mengenai kuantiti dan keperluan bekalan anda.

Minimum order ialah 20KG untuk pelanggan seperti restoran, kafe, bar dan hotel. Kami juga ada pek 150gm untuk jualan kedai runcit and mini mart and minimum order ialah 3 kotak (18KG). Kami boleh bekalan MY1 Signature Cili Giling sehingga 20ton seminggu. Untuk keperluan kuantiti yang lebih besar, sila hubungi kami untuk mendapatkan harga dan maklumat bekalan.

Hubungi Kami